Maklumat Terkini
Dimaklumkan bahawa latihan untuk peguam YBGK bagi tahun 2015 akan diadakan seperti berikut . Sila hubungi
Jeeva/Sumitra di 03-20780769 untuk pertanyaan lanjut.
1. Johor - 10 Oktober 2015
Part One - YBGK Administration
Part Two - Arrest, Remand, Bail and
Mitigation
2. Selangor - 24 & 25 Oktober
Part Three - Criminal Trial Advocacy
Undian
Pautan
Latar Belakang |
![]() |
![]() |
![]() |
Cadangan penubuhan YBGK timbul semasa perjumpaan antara Perdana Menteri dengan Pengerusi dan anggota lain Majlis Peguam Malaysia pada 7 Januari 2010. Semasa perjumpaan itu, Perdana Menteri telah diberitahu bahawa dianggarkan 80% daripada mereka yang dibicarakan di mahkamah bagi kesalahan jenayah tidak mempunyai pewakilan guaman. Dengan pembentukan YBGK, mereka yang tidak mampu untuk membayar fi guaman akan diberikan bantuan guaman oleh YBGK. Peguam yang memberikan perkhidmatan guaman melalui YBGK akan menerima bayaran nominal sahaja memandangkan pemberian perkhidmatan guaman tersebut merupakan tanggungjawab sosial mereka. Bagi tujuan penubuhan YBGK, dana pelancaran RM5 juta diperlukan daripada Kerajaan. Pada mesyuarat yang telah diadakan pada 3 Mac 2010, Jemaah Menteri telah bersetuju bahawa YBGK akan ditubuhkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Hasilnya, beberapa siri mesyuarat yang melibatkan Jabatan Peguam Negara (JPN), Jabatan Bantuan Guaman (JBG), Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan Majlis Peguam Malaysia telah diadakan untuk membincangkan penubuhan YBGK. Cadangan penubuhan itu telah dimuktamadkan pada 11 Oktober 2010 dalam suatu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Peguam Negara. YBGK ditadbirkan oleh suatu Lembaga Pengarah yang dipengerusikan oleh Peguam Negara. Ahli lain terdiri daripada Presiden Majlis Peguam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman, Presiden Persatuan Undang-Undang Sabah, Presiden Persatuan Peguam Bela Sarawak, seorang Dekan Fakulti Undang-Undang di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan dua orang wakil pertubuhan bukan Kerajaan yang dilantik oleh Menteri. |