OOPS. Your Flash player is missing or outdated.Click here to update your player so you can see this content.

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Maklumat Terkini


Dimaklumkan bahawa latihan untuk peguam YBGK bagi tahun 2015 akan diadakan seperti berikut . Sila hubungi
Jeeva/Sumitra di 03-20780769 untuk pertanyaan lanjut.

1. Johor - 10 Oktober 2015
Part One - YBGK Administration
Part Two - Arrest, Remand, Bail and
Mitigation

2. Selangor - 24 & 25 Oktober
Part Three - Criminal Trial Advocacy

Reply Form

Undian

Setakat manakah anda berpuashati dengan maklumat yang terkandung dalam laman web Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan?
 

Pautan

Perkhidmatan Yang Diberikan PDF Cetak E-mail

YBGK menyediakan khidmat nasihat dan bantuan guaman dalam kes jenayah termasuk jenayah Syariah pada peringkat tangkapan, reman, pertuduhan, permohonan ikat jamin, mitigasi, perbicaraan dan rayuan secara PERCUMA kepada semua warganegara Malaysia.

Syarat-syarat untuk mendapatkan bantuan guaman dan khidmat nasihat dalam perkara jenayah adalah seperti yang berikut:

  1. seorang warganegara Malaysia;
  2. bagi bantuan guaman di peringkat perbicaraan dan rayuan, pemohon mestilah mempunyai sumber pendapatan tidak melebihi RM36,000 setahun tertakluk kepada ujian kemampuan bagi menentukan kelayakan seseorang itu untuk dibantu.

Jenis kesalahan yang dibantu oleh YBGK ialah semua jenis kesalahan jenayah kecuali kesalahan yang membawa hukuman mati.

Kesalahan yang membawa hukuman mati tidak akan diliputi oleh YBGK kerana mahkamah menyediakan perkhidmatan peguam yang dilantik oleh mahkamah (assigned counsel) kepada tertuduh.

  • Tangkapan
  • Pihak polis atau agensi penguatkuasaan lain akan memaklumkan orang yang ditangkap mengenai haknya untuk diwakili oleh peguam dan akan menghubungi YBGK untuk mewakili orang yang ditangkap itu tertakluk kepada seksyen 28A Kanun Tatacara Jenayah atau orang yang ditangkap menggunakan khidmat peguam sendiri.

  • Reman
  • YBGK akan mewakili orang yang ditangkap semasa permohonan reman dibuat di hadapan Majistret.

  • Pertuduhan/Jaminan/Mitigasi
  • YBGK akan mewakili tertuduh semasa pertuduhan dibaca dan semasa membuat permohonan untuk jaminan/mitigasi.

  • Perbicaraan/Rayuan
  • YBGK akan mewakili tertuduh semasa perbicaraan/rayuan tertakluk kepada ujian kemampuan.  



 
Hakcipta © 2017 . Laman Web Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.
Penafian :
Walaupun segala penelitian telah diambil dalam penyediaan maklumat dalam laman web portal ini; tiada warranti sama ada nyata atau tersirat diberikan oleh YBGK tentang kesempurnaan dan ketepatan maklumat yang diberi, dan YBGK tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan yang mungkin berlaku. YBGK tidak sekali-kali boleh dipertanggungkan atau dipertanggungjawabkan bagi apa jua kerugian, termasuk tanpa batasan, kerugian khusus, tidak langsung atau berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau kebergantungan maklumat yang terkandung dalamnya, sama ada melalui tindakan dalam kontrak atau tort atau selain daripadanya tidak kira bagaimana jua sekalipun.