Maklumat Terkini
Dimaklumkan bahawa latihan untuk peguam YBGK bagi tahun 2015 akan diadakan seperti berikut . Sila hubungi
Jeeva/Sumitra di 03-20780769 untuk pertanyaan lanjut.
1. Johor - 10 Oktober 2015
Part One - YBGK Administration
Part Two - Arrest, Remand, Bail and
Mitigation
2. Selangor - 24 & 25 Oktober
Part Three - Criminal Trial Advocacy
Undian
Pautan
Perkhidmatan Yang Diberikan |
![]() |
![]() |
![]() |
YBGK menyediakan khidmat nasihat dan bantuan guaman dalam kes jenayah termasuk jenayah Syariah pada peringkat tangkapan, reman, pertuduhan, permohonan ikat jamin, mitigasi, perbicaraan dan rayuan secara PERCUMA kepada semua warganegara Malaysia.
Jenis kesalahan yang dibantu oleh YBGK ialah semua jenis kesalahan jenayah kecuali kesalahan yang membawa hukuman mati. Kesalahan yang membawa hukuman mati tidak akan diliputi oleh YBGK kerana mahkamah menyediakan perkhidmatan peguam yang dilantik oleh mahkamah (assigned counsel) kepada tertuduh.
Pihak polis atau agensi penguatkuasaan lain akan memaklumkan orang yang ditangkap mengenai haknya untuk diwakili oleh peguam dan akan menghubungi YBGK untuk mewakili orang yang ditangkap itu tertakluk kepada seksyen 28A Kanun Tatacara Jenayah atau orang yang ditangkap menggunakan khidmat peguam sendiri. YBGK akan mewakili orang yang ditangkap semasa permohonan reman dibuat di hadapan Majistret. YBGK akan mewakili tertuduh semasa pertuduhan dibaca dan semasa membuat permohonan untuk jaminan/mitigasi. YBGK akan mewakili tertuduh semasa perbicaraan/rayuan tertakluk kepada ujian kemampuan. |
Aduan
Kalendar
Waktu Solat
[ Tukar Kawasan ]







![]() | Hari Ini | 143 |
![]() | Semalam | 194 |
![]() | Minggu Ini | 143 |
![]() | Minggu Lepas | 2375 |
![]() | Bulan Ini | 6902 |
![]() | Bulan Lepas | 0 |
![]() | Keseluruhan | 3482959 |