Hukuman
Pengurangan Hukuman
Apabila tempoh tahanan reman anda tamat, polis hendaklah melepaskan anda atau membawa anda ke mahkamah untuk dituduh.
Setelah dibacakan pertuduhan dan anda mengaku bersalah, anda mempunyai hak untuk membuat rayuan mitigasi, iaitu merayu kepada Mahkamah supaya menjatuhkan hukuman yang ringan. Peguam YBGK boleh mewakili anda membuat rayuan mitigasi sekiranya YBGK telah dimaklumkan berhubung masa dan tempat anda dituduh. Kadang kala, peguam YBGK telah bersedia di Mahkamah untuk mewakili tertuduh-tertuduh yang ingin diwakili.
Anda boleh memaklumkan kepada peguam YBGK:
- Bukti atau usaha terhadap pemulihan, contohnya, mendapatkan pekerjaan tetap atau menyambung pelajaran
- Sama ada anda mempunyai sabitan (kesalahan) lampau
- Penyakit/ketidakupayaan anda
- Krisis domestik/emosi, penderaan, atau keganasan rumah tangga
- Pengaruh/tekanan rakan sebaya
- Faktor kemiskinan
- Sama ada anda merupakan seorang penjawat awam
- Anda adalah penyara keluarga
- Bilangan ahli keluarga di bawah jagaan anda termasuk umur dan keadaan kesihatan mereka