Ikat Jamin
Permohonan Ikat Jamin
Apabila tempoh tahanan reman anda tamat, polis hendaklah melepaskan anda atau membawa anda ke mahkamah untuk dituduh.
Setelah dibacakan pertuduhan dan anda mengaku tidak bersalah, anda boleh dilepaskan dengan ikat jamin di mana amaun jaminannya akan ditetapkan oleh Mahkamah. Peguam YBGK boleh mewakili anda memohon ikat jamin kepada Mahkamah sekiranya YBGK telah dimaklumkan berhubung masa dan tempat anda dituduh. Kadang kala, peguam YBGK telah bersedia di Mahkamah untuk mewakili tertuduh-tertuduh yang ingin diwakili.
Anda boleh memaklumkan kepada peguam YBGK yang bertugas:
- Pekerjaan dan pendapatan anda
- Anda adalah penyara keluarga
- Bilangan ahli keluarga di bawah jagaan anda
- Umur anak-anak anda
- Anak-anak yang masih kecil/bersekolah
- Umur ibu bapa anda di bawah jagaan anda
- Ibu bapa yang sakit/perlukan rawatan perubatan