Tangkapan
Tangkapan
Anda sedang ditangkap jika:
- Anda bertanyakan kepada polis "Adakah saya sedang ditangkap?” dan jawapannya "ya";
- Polis tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis untuk ditahan; atau
- Menggari anda.
Selepas ditangkap, anda atau rakan/ahli keluarga anda boleh menghubungi YBGK dan memaklumkan:
- Yang anda telah ditangkap;
- Masa, tempat dan alasan ditangkap; dan
- Balai Polis di mana anda dibawa.
Walaubagaimanapun, YBGK tidak memberi jaminan bahawa bantuan guaman akan diberikan serta merta kerana ia bergantung kepada ketersediaan peguam YBGK pada waktu tersebut. Kadang kala, peguam YBGK menghadapi kesukaran untuk mendapatkan akses kepada orang yang ditahan kerana lazimnya pegawai polis berhak memutuskan sama ada peguam boleh dibenarkan berjumpa orang yang ditahan atau sebaliknya.