Objektif Penubuhan
Objektif YBGK
YBGK ditubuhkan bertujuan bagi –
1. Memberi bantuan dan nasihat guaman dalam kes jenayah melalui peguam swasta kepada golongan yang kurang berkemampuan supaya mereka mendapat akses kepada keadilan dan pembelaan yang sewajarnya apabila mereka diwakili oleh peguam, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 5(3) Perlembagaan Persekuan;
2. Memastikan semua pihak mendapat hak kesamarataan di sisi undang-undang sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan;
3. Menggalakkan, mengadakan dan membiayai dan menyelia penyelidikan berkenaan dengan bantuan guaman;
4. Menjalankan program pendidikan yang bertujuan untuk memupuk kefahaman orang ramai mengenai hak dan kuasa mereka di bawah undang-undang Malaysia; dan
5. Menyediakan maklumat kepada orang ramai mengenai adanya bantuan guaman dalam perkara jenayah oleh peguam YBGK.